Sunday 21 August 2011

Gambar2 Kenangan Aktiviti Berbuka Puasa Bersama Alumni

Pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) telah berlangsung Program Sehari Berpuasa dan Berbuka Puasa Bersama Ahli Alumni.
Berikut adalah beberapa gambar yang boleh dijadikan rujukan.

























Mintak Maaf jika gambar korang tak ade.
Ini sahaja yang berjaya diusahakan.
Laporan lanjut akan menyusul  kemudian.
Sekian,  Terimakasih.

Saturday 13 August 2011

Program Sehari Berpuasa Bersama Alumni & Majlis Berbuka Puasa



Program Sehari Berpuasa Bersama Alumni
&
Majlis Berbuka Puasa
20 Ogos 2011




10.00 pagi       : Taklimat Program

10.30 pagi       : Slot 1 – Perbincangan Dalam Kumpulan bersama Alumni

11.30 pagi       : Slot 2 –  Ilmiah Ramadhan 1

12.30 tghari     : Rehat & Solat Zohor

2.00 petang     : Cinema on Ramadhan

4.00 petang     : Slot 3 – Ilmiah Ramadhan 2

5.00 petang     : Solat Asar & Persiapan Majlis Berbuka Puasa

7.30 petang     : Berbuka Puasa Bersama Alumni & Solat Maghrib

8.30 malam     : Solat Isyak & Terawih

9.30 malam     : Bersurai


sebarang pertanyaan hubungi:
zhafran:014-5232443.

Wednesday 20 July 2011

Memoria

بسم الله الرحمن الرحيم





Bercinta, berkawin, lahirkan anak, belajar tinggi2, keluar negara, bekerja, ambil kelas memandu, menang pertandingan,..semue ni kite boleh buat banyak kali, boleh berulang kalu kite nak. Kite ade pilihan...
Tapi zaman persekolahan?

Cume sekali je..

Bile lepas habis sekolah, mungkin masing2 sebok mengimbau kenangan, sebok ambil nombor talifon, ber SMS, add di facebook, ber-chatting, lepak sama2.

Tapi sedar atau tak, lepas masuk Universiti (kalu ade rezeki) lepas 2-3 semester, dah takde da SMS, dah takde dah komen2 di fesbook. mungkin jumpa sekali sekala je. Masing2 dah bina dunia sendiri. Melainkan kalu kawan yang sangat2 dan betul2 rapat.. Barulah selalu berborak2, tapi tak la rapat macam sebelum ni. Ni perkara normal.

Akan ade sekali sekala jumpa, tapi sepanjang mase perjumpaan tu, akan sebok flasback kisah2 lama, kenangan2 lampau. Sampai terlupe untuk "buat kenangan baru" mase berjumpe tu. Jadi sepanjang perjumpaan tu akan penuh dengan "kisah2 lama" je. Berbeza kalu masa masih bersekolah; kite tak sedar kite tengah bina kenangan tu, sbb kite tahu esok lusa jumpa lagi..

Mase dah terlambat, tapi kenangan2 lama, walaupun peristiwa 2-3 hari terimbas dalam mase 2-3 saat je, dah cukup melegakan hati. Tula nama nya "kenangan", bukannya "ulangan"...

Kalu korang tak faham mesej yang aq cuba sampaikan, ni ringkasannya:
"Masa sekolah, kawan sekolah, kisah2 mase sekolah sangat berharga. Mase kite semue "membesar", kenal dunia, belajar sedar berapa bodohnye setengah perkara, dan bertapa ajaibnya masa yang Allah swt kurniakan kpd kita."

Ok, dah. tu je nak bagitau. Aq tak pandai berpuitis mcm Zhafran atau Abg Hasra.
Mintak maaf segala salah silap. Kalu free, usha2 la "gambatte2wawawa.blogspot.com"..
Wasalamualaika..

:::Syafiq Aizat::

Tuesday 19 July 2011

titik-titik permulaan......

assalamualaikum w.b.t....

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana proposal tentang penubuhan alumni asrama smk alor akar telah berjaya di hantar ke pengetua smk alor akar....alhamdulillah juge kerana perjumpaan di antara pengerusi kita, mohd hasra ibrahim dan saya mohd zhafran zaid dengan pihak pengetua smk alor akar berjalan lancar....buat mase ini alumni kita ini akan bernaung di bawah alumni sekolah....insyALLAH selepas ini saya akan memasukkan entry baru tentang penubuhan dan peraturan-peraturan yang terdapat dalam alumni ini....mane-mane ahli yang berminat untuk membuat program bolehlah menghantarkan proposal kepada saya atau pengerusi kita sendiri untuk pertimbangan.

selain itu,baru-baru ini pada 16 julai 2011 saya dan pengerusi kita sendiri telah menabur bakti di smk alor akar...seperti mana kita sedia maklum pihak smk alor akar telah mengadakan hari kokurikulum pada tarikh tersebut..saya dan kanda hasra telah di jemput sebagai penyampai radio (DJ) pada hari tersebut...alhamdulillah semuanye berjalan lancar dan mendapat respon yg baik dari pihak sekolah....


KENANGAN SEMASA HARI KOKURIKULUM...



 ~saya dan kanda hasra selaku DJ pada hari tersebut...~



selain itu,pada hari tersebut merupakan malam nisfu syaban dan saya sempat bersama adik-adik asrama smk alor akar menunaikan solat sunat nisfu syaban,bacaan yaasin dan sesi perkongsian ilmu...alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar....semoga segala ilmu yang di kongsi bersama di manfaatkan oleh semua...amin...







semoga selepas ini alumni asrama smk alor akar dapat bergiat dengan lebih aktif dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi kanda hasra atau saya sendiri.....marilah kita sama-sama membangunkan asrama smk alor akar...sekian sahaja dari saya...wassalam...

disediakan oleh : zhafran zaid

Sunday 26 June 2011

SATU PERMULAAN.....

assalamualaikum w.bt....alhamdulillah kerana blog menyusurakar ini berjaya di tubuhkan....blog ini di tubuhkan di bawah alumni asrama smk alor akar yang mana dalam proses penubuhan..insyALLAH selapas mendapat persetujuan dari pihak sekolah,alumni ini akan di tubuhkan secara rasminya...sebaranag maklumat terkini akan di paparkan di blog ini...kerjasama dari semua ahli amat di perlukan bagi menjayakan alumni ini...marilah kita sama-sama bekas pelajar asrama smk alor akar kuantan membangunkan asrama smk alor akar kuantan ke arah kecemerlangan...insyALLAH....

wassalam......
                                                                                                       disediakan oleh: zhafranzaid